Friday 14 March 2014

KERAS


Sahabat yang berada dalam barakah-Nya.

Keras!

Sungguh, aku tidak tahu!

Hati kau sekeras itu.

Lebih keras dari hamparan batu.

Lagi utuh dari simpulan tali tangsi.

Apakah tidak mampu dilembutkan lagi.

Biarpun clorox jadi penambahnya?

Tidak pernahkah hati kau terjentik?

Walaupun cuma sekali?

Atau mungkin terpukul?

Dengan panggilan yang namanya 'berubah'?

Pelangi itu indah!

Mengapa jalan berliku juga yang kau ingin cecah?

Kenapa terlalu payah untuk setia?

Setia mencari cinta Dia!

Atau hati kau memang untuk si dia?

Selamanya untuk dia!

Apa kau sudah pasti dia adalah jodoh kau?

Atau kau sudah terlupa.

Lupa tentang jodoh kita mungkin dengan kematian.

***

Sahabat yang selalu aku ingin bahagiakan.

Jadi baik itu memang susah.

Memang payah.

Memang terlalu memeritkan sekeping hati.

Terutamanya untuk remaja zaman millenium.

Macam kau.

Aku juga.

Dan kita semua.

Sebab apa?

Sebab syurga Allah itu bukan murah.

Perlu dibayar dengan iman dan hati yang kental.

***

Boleh aku minta satu benda?

Cuma satu.

Kalau boleh. . .

Aku tak nak biarkan kau hanyut sendiri.

Aku nak kau jadi yang terbaik.

Di mata manusia.

Juga di mata pemilik seluruh hidup kau.

Aku minta kau ada di sisi aku.

Selamanya mungkin.

Sama-sama kita redah semua duri.

Hanya untuk kejar cinta Rabbul Izzah.

Boleh?

Kita sahabatkan?

Sahabat sampai Jannah?

Jadi.

Cepat hulurkan tangan.

Agar aku dapat menarik kau.

Bersama-sama kita kongsi cinta-Nya

***

*Hembus nafas perlahan*

Lagi aku mengeluh!

Semuanya kerana kau.

Semuanya sebab aku tak ingin lihat sahabat-sahabat aku.

Pergi makin jauh.

Tolong.

Aku mohon.

Jika mahu.

Kau boleh anggap aku merayu.

Mungkin mengemis.

Minta kau lembutkan sedikit hati kau.

Jangan biarkan 'keras' itu.

Menutup sekeping hati lembut milik kau.

Aku tahu.

Dalam egonya kau.

Ada terselit sedikit kehalusan.

Cuma kau menutupinya.

***

*Betul duduk*

'Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya.' Al-Kahf : 7

Ayuh, sahabat!

Jangan biarkan hati kau jadi lebih keras.

Buka hatimu.

Rasailah nikmatnya jadi hamba yang benar.

Benar mencinta-Nya.

Aku sayangkan kau, sahabat.

Aku nak kita sama-sama sambung ukhwah kita.

Di Jannah mungkin.

Sekali kita bersahabat.

Selamanya akan jadi begitu.

Mari.

Kita sama-sama lembutkan hati.

Jangan biarkan dia terus keras membeku.

Sampai tak mampu lagi terima seru.

Hari ini Allah panggil hati kau.

Untuk kau bukakan dan terima cinta Dia.

Tapi sedikit pun kau tak buka.

Kau keraskan hati.

Hampeh!

Apa esok mungkin lagi ada waktu untuk kau sambut cinta-Nya?

Apa kau yakin.

Kau masih punya waktu.

Untuk kau sedut oksigen ini?

Boleh kau yakinkan aku.

Kau akan hidup lagi untuk jam yang seterusnya?

***

Jiruslah hati kau dengan kehangatan cinta-Nya.

Jangan kau biarkan cinta-Nya tak berbalas.

Jangan kau biarkan hati kau berpaling darinya.

Jangan kau biarkan hati kau KERAS.

Keras sekeras kerasnya.

Sebab aku takut.

Kerasnya itu untuk selamanya.

Jazakallah.