Friday 14 March 2014

KERAS


Sahabat yang berada dalam barakah-Nya.

Keras!

Sungguh, aku tidak tahu!

Hati kau sekeras itu.

Lebih keras dari hamparan batu.

Lagi utuh dari simpulan tali tangsi.

Apakah tidak mampu dilembutkan lagi.

Biarpun clorox jadi penambahnya?

Tidak pernahkah hati kau terjentik?

Walaupun cuma sekali?

Atau mungkin terpukul?

Dengan panggilan yang namanya 'berubah'?

Pelangi itu indah!

Mengapa jalan berliku juga yang kau ingin cecah?

Kenapa terlalu payah untuk setia?

Setia mencari cinta Dia!

Atau hati kau memang untuk si dia?

Selamanya untuk dia!

Apa kau sudah pasti dia adalah jodoh kau?

Atau kau sudah terlupa.

Lupa tentang jodoh kita mungkin dengan kematian.

***

Sahabat yang selalu aku ingin bahagiakan.

Jadi baik itu memang susah.

Memang payah.

Memang terlalu memeritkan sekeping hati.

Terutamanya untuk remaja zaman millenium.

Macam kau.

Aku juga.

Dan kita semua.

Sebab apa?

Sebab syurga Allah itu bukan murah.

Perlu dibayar dengan iman dan hati yang kental.

***

Boleh aku minta satu benda?

Cuma satu.

Kalau boleh. . .

Aku tak nak biarkan kau hanyut sendiri.

Aku nak kau jadi yang terbaik.

Di mata manusia.

Juga di mata pemilik seluruh hidup kau.

Aku minta kau ada di sisi aku.

Selamanya mungkin.

Sama-sama kita redah semua duri.

Hanya untuk kejar cinta Rabbul Izzah.

Boleh?

Kita sahabatkan?

Sahabat sampai Jannah?

Jadi.

Cepat hulurkan tangan.

Agar aku dapat menarik kau.

Bersama-sama kita kongsi cinta-Nya

***

*Hembus nafas perlahan*

Lagi aku mengeluh!

Semuanya kerana kau.

Semuanya sebab aku tak ingin lihat sahabat-sahabat aku.

Pergi makin jauh.

Tolong.

Aku mohon.

Jika mahu.

Kau boleh anggap aku merayu.

Mungkin mengemis.

Minta kau lembutkan sedikit hati kau.

Jangan biarkan 'keras' itu.

Menutup sekeping hati lembut milik kau.

Aku tahu.

Dalam egonya kau.

Ada terselit sedikit kehalusan.

Cuma kau menutupinya.

***

*Betul duduk*

'Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya.' Al-Kahf : 7

Ayuh, sahabat!

Jangan biarkan hati kau jadi lebih keras.

Buka hatimu.

Rasailah nikmatnya jadi hamba yang benar.

Benar mencinta-Nya.

Aku sayangkan kau, sahabat.

Aku nak kita sama-sama sambung ukhwah kita.

Di Jannah mungkin.

Sekali kita bersahabat.

Selamanya akan jadi begitu.

Mari.

Kita sama-sama lembutkan hati.

Jangan biarkan dia terus keras membeku.

Sampai tak mampu lagi terima seru.

Hari ini Allah panggil hati kau.

Untuk kau bukakan dan terima cinta Dia.

Tapi sedikit pun kau tak buka.

Kau keraskan hati.

Hampeh!

Apa esok mungkin lagi ada waktu untuk kau sambut cinta-Nya?

Apa kau yakin.

Kau masih punya waktu.

Untuk kau sedut oksigen ini?

Boleh kau yakinkan aku.

Kau akan hidup lagi untuk jam yang seterusnya?

***

Jiruslah hati kau dengan kehangatan cinta-Nya.

Jangan kau biarkan cinta-Nya tak berbalas.

Jangan kau biarkan hati kau berpaling darinya.

Jangan kau biarkan hati kau KERAS.

Keras sekeras kerasnya.

Sebab aku takut.

Kerasnya itu untuk selamanya.

Jazakallah.

Wednesday 5 March 2014

HIJRAH

Assalamualaikum sahabat yang berada dalam barakah-Nya.

*Tarik nafas, hembus perlahan*

Tajuk sahaja dah mampu buat aku menangis hiba.

Tersentap.

Terasa seperti ditarik ke dunia tidak berorang.

Sepatah perkataan yang sangat dekat dengan aku.

Kenapa HIJRAH yang aku ingin ketengahkan?

It's me.

Yeah, about me!

Aku memang tak sekuat Zulaikha.

Jauh sekali sehebat Saidatina Khadijah.

Terlalu jauh dan terpencil untuk aku jadi hebat seperti mereka.

Tapi bersyukur, kerana aku adalah yang terpilih untuk menerima nikmat

HIJRAH!

Aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan yang paling baik.

Sungguh tersasar untuk jadi yang solehah.

Namun, kini alhamdulillah sedang merasai menjadi seorang wanita yang terlindung.

Sebut je hijrah.

Mesti ramai yang tarik diri.

Tarik muka.

Hampeh!

Bukan niat nak jadi ustazah.

Tapi Insha Allah cuba untuk jadi Daie'

***

"Tak panas ke bertutup semua?"

Soalan yang sering diaju untuk orang macam aku.

Tudung labuh separuh badan.

Jubah dan baju kurung peneman bila merantau jauh.

Berstokin.

Dan adakalanya berkasut converse!

*ambik nak*

Sekali tengok.

Fuh!

Ninja beb!

Yeah, aku ninja!

Ninja yang sedang melawan nafsu mata manusia yang acap kali berdusta.

Hey, akak/abang!

Tolong buka mata.

Lihat ke sekeliling.

Dunia dah banyak berubah.

Ini zaman millenium lah.

Bukan zaman batu.

Mahupun zaman prasejarah.

Yang bertutup tu dipanggil 'ninja'.

Jadi yang cantik menayangkan peha gebu dipanggil apa?

Primadona?

Cis, jangan disanjung pada yang memberi dosa yang melihat!

Kelak akan dihitung satu per satu.

Tak takut mati?

Memang betul, tak tengok rugi sekali.

Ketahuilah, dosa seorang lelaki itu datangnya dari mata!

Maka dosa seorang wanita seperti aku datangnya dari mana?

Mulut!

*Dussss* Terasa ditembak tepat di kepala.

Hijrah memang payah.

Tetapi di sebalik kepayahan itu ada manisnya.

Lebih manis dari main candy crush!

Jika dulu, lelaki/perempuan selalu bertepuk tampar sesuka hati.

Bila dah bertutup, yang biasa tepuk tampar

Hanya mampu tampar diri sendiri.

Rasa dihormati lagi baik dari digilai.

Nikmat hidup berpandukan cara islam.

***

"Tak rocklah tak ikut fashion!"

Ah, pedulikan dengan fashion!

Biar tak jadi sebutan di bumi.

Janji menjadi bualan penduduk langit.

Tapi memang tipulah tak ada fashion untuk muslimah.

Aku pakai tudung syiria labuh, boleh je pakai spek mata hitam.

*sengeh*

Bergaya boleh.

Tapi jangan berlebihan.

Dan mesti ikut syariat.

Wanita itu indah!

Dan apabila seorang wanita itu keluar dari rumah,

yang mengindahkan lagi wanita adalah syaitan!

***

Nak aku bagitahu rahsia untuk bahagia lepas nikah?

*senyum sinis*

Just two words.

Jaga ikhtilat dari sekarang.

*Ok, lebih dari dua perkataan* Terimalah empat perkataan ini ye kawan-kawan! Kitakan geng.

*lagi tersenyum*

Time to change sahabat yang dirindui syurga sekalian!

Berhijrahlah jadi yang lebih baik.

Memang susah.

Memang payah.

Tapi manisnya nanti kita yang dapat.

Orang nak mengutuk?

Relakan sahaja!

Mulut orang bukan kita boleh nak cabut dan buang dalam sungai.

*ayat sadis*

Sahabat yang amat-amat aku muliakan.

Allah tidak akan pernah meninggalkan kita keseorangan pada saat dia berikan kita ujian.

Telah tiba masanya untuk berubah.

Jangan lengahkan lagi.

Takut nikmat hijrah Allah tarik kembali.

Jazakallah.